Tentang Saya

Tentang Penulis dan Pelukis.
Nama saya Sofinah Lamudin. Senang dipanggil dengan nama "Sofie". Sudah berkahwin. 28 tahun. Saya seorang blogger sepenuh masa di www.sofinahlamudin.com. Bergiat aktif dalam bidang pertukaran mata wang dan internet marketing. Saya berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan.

Hobi dan Minat
Blog SOPHEE STUDIO ini adalah sebahagian dari hobi saya. Saya suka melukis dan sukakan perkara perkara kreatif. Blog ini saya jadikan tempat untuk berkongsi hasil lukisan saya dan ilmu seni yang pernah saya baca dan ketahui untuk dikongsikan bersama peminat peminat seni lukisan di luar sana melalui blog dan internet. Dan mungkin, saya juga boleh menemui atau berkenalan dengan peminat seni di luar sana melalui blog ini. Blog/website www.sopheestudio.com ini saya buka sejak 01 Januari 2016 sebagai langkah pertama untuk memulakan semula hobi sejak kecil. Sejak meninggalkan alam pekerjaan, Alhamdulillah saya sudah mempunyai masa untuk diluangkan untuk hobi ini.

Sofinah Lamudin - SOPHEE STUDIO.
 

Followers

Instagram

Flickr Photostream

Twitter Updates

MEET THE AUTHOR